Tip's mudah mengulang-kaji pelajaran

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. . .

Memandangkan,bulan ini..bulan di mana para pelajar sibuk hendak mengulang-kaji pelajaran disebabkan oleh ujian/peperiksaan bakal dijalankan sekitar bulan ini dan bulan depan.. Seperti Che'q Uni juga, bulan ini.. sekolah Che'q Uni akan menjalankan ujian semester kedua....So,sekarang ni.. Che'q Uni pun,sibuk lah jugak belajar..
Mana taknya,Che'q Uni tempohari semasa Peperiksaan Semester Pertama,kena cabar oleh Umi dan juga guru kelas untuk meraih kembali tempat dimana kalau dahulu,memang Che'q Uni selalu bermain-main di anak tangga itu.. Al-maklumlah,jatuh sedikit masa ni,result Che'q Uni.. (sedih)

Banyak cakaplah pulak Che'q Uni ni kan?? don't get mad easily... ! jom kita start...




#1
Belajar di waktu pagi.
-Jika hendak mengulang-kaji pelajaran,amatlah disyorkan mengulangkaji di waktu pagi.Ini kerana, SEJIKANYA kita belajar di waktu malam,takut-takut pula lah nanti esok terlewat bangun kan?lagi-lagi yang sekolah di sesi pagi tu... tak kah masaalah kalau kita bangun lambat? kena ambil tindakan disiplin pulaknya lagi lepastu kan??

#2
Menyediakan buku nota khas
-Amatlah baik jika kita mempunyai buku nota KHAS untuk belajar dimana disitu,kita kumpulkan semua maklumat yang kita rasa penting. Jadi,apabila tiba masa nak ambil exam tu,taklah keburu nak cari buku teks,buku latihan,kertas aktiviti-aktiviti lepas sebab kan kita dah list-kan segalanya yang penting di dalam buku nota kita tadi tu??Seeloknya,buku nota tadi tu,bersaiz kecil,jadi senang hendak dibawa kemana-mana. ^^

#3
Amalan Pemakanan
-Jenis-jenis makanan yang kita ambil juga mempengaruhi keputusan peperiksaan/ujian kita . Ini kerana,sebilangan makanan amatlah tidak sesuai untuk pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan.
Antara jenis-jenis makanan yang tidak sepatutnya diambil secara kerap oleh pelajar adalah seperti,
*minumam berkafein (ni paling utama,sebab..function bahan makanan yang mengandungi kafein ni,boleh menyebabkan kita mudah lupa dan sukar untuk menerima pelajaran)
contoh:
-neslo
-nescafe
-teh

*makanan masam (ia boleh menyebabkan otak liat untuk menghafal mahupun memahami sesuatu. atau,cara senang nak fahamlah kan, otak akan jadi 'bebal' kalau terlalu banyak ambil makanan yang masam..)
contoh:
-mangga
-jeruk

*makanan yang mengandungi ajinomoto yang berlebihan (ia menjadikan pelajar susah hendak mengingati apa yang diajarkan.. )
contoh:
-maggie
-makanan ringan mammee
-makanan ringan potato chips


Namun begitu, bukanlah langsung tak boleh memakan makanan ini,cuma.. tidak digalakkanlah... kalau nak juga ambil, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. jangan ter'over' sudah...

Manakala,kumpulan makanan yang sesuai diambil pula adalah seperti ;
-tempe
-kurma/kismis
-air mineral
-susu putih segar
-buah-buahan
-sayur-sayuran hijau
-ikan


#4
Awal tidur
-Kalau nak otak tu jadi cerdas, anda disyorkan untuk tidur awal contoh pada pukul 8/9/10 malam. Kalau yang Che'q Uni alu-alukan.. tidurlah pada pukul 8 atau 9 gitu supaya otak tu cukup rehat.




#5
Belajar last-last minute (ni ditambah oleh rakan Che'q Uni)
-Mengikut kata mereka,belajar di saat-saat terakhir ni,lebih mampan kata orang daripada belajar di waktu-waktu terluang... Mengikut mereka lagi, kalau belajar di waktu ini,pelajaran tu,senang ja nak ingat/masuk sebab dah cemas. Logik akal mereka, sedangkan orang tak sakit boleh jadi sihat jikalau tiba-tiba berlaku kebakaran di sekitar rumahnya.. mana taknya kan,,siapalah yang nak dibakar hidup-hidup? begitulah juga dengan hal ini..siapalah juga nak gagal kan? walau sepemalas mana pun orang tu,mesti ada tu setitik perasaan nak berjaya dalam hidup dia yang timbul di hati dia kan??


Setakat itu sahajalah informasi yang dapat Che'q Uni sumbangkan kepada rakan-rakan blogger. Harap-harap informasi ini,berguna kepada anda semua yang bakal menduduki ujian/peperiksaan .
Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat malam..





*on9 sadja kerjanya.... tu lah..gagal sudah? ngee~

No comments: