Resepi : Kuih Jatuh Bangun

Assalammualaikum....

Hari ini, Uni nak kongsi resepi Kuih Jatuh Bangun yang amat popular di kalangan masyarakat bugis tawau,sabah.
Mungkin nama kuih ini,sedikit janggal bagi segolongan rakyat malaysia. Yalah, apasal pulak jatuh bangun kan ? apa yang jatuhnya,apa yang bangunnya? haaa~ tu masuk dalam sejarah nama dia lah ..hihiii~
by the way,takpe-takpe.. Uni share jugak sejarah nama dia..

Mengikut Umi Che'q Uni, nama dia tu diambil sempena gaya masakannya.. if kita nak masak dia secara terbalik  Jadi,setelah dia dah selesai dimasak, kita kena balikkan dia bermakna.. kena tekapkanlah dulu di atas talam atau piring bermuka rata . pastu,baru boleh angkat. Masa kita tekapkan dia tu, dia seakan-akan jatuh kan ? tak percaya,cer cuba.. then, bila dia dah siap, tup-tup dia dah sedia dengan gula merah di atas. whoaah~ dah bangun eh ?? ^^


Ok, kita terus ke point nya eh ??

Bahan-Bahan ( Untuk empat orang makan)

- Segelas tepung gandum
- 2 biji telur
- Esen Vanilla (sebagai penghilang bau hanyir telur)
- Gula setengah cawan
- Gula merah (ikut suka hatilah nak berapa banyak)
- Kacang (ikut suka hatilah nak berapa banyak)

Cara-cara
1.Masukkan segelas tepung gandum,gula dan 2 biji telur dalam mangkuk dimana kita nak buat adunan tu.
Pastu,gaul sebati. Guna mixer jimat tenaga ^^
2.Sesudah itu,masukkan esen vanilla kemudian gaul lagi. Tapi,kali ni.. takyah kuat sangat. Biasa-biasa je.
Kata orang, tak laju, tak perlahan.
3.Masak gula merah tu WITHOUT minyak then letak dalam tempat adunan.
4.Masukkan dalam tempat kukusan then kukus lah. ^^  . masa,pandai-pandai agak. kalau nak tahu dia dha masak ke tak, cer try guna lidi. kalau korang cucuk , ada yang melekit dekat lidi tu, mean dia still tak masak lagi tu. But,if korang cucuk,takde pun melekat.. haa ! that's mean, dia dah masak .
5.Terbalikkan kuih yang dah selesai dimasak di atas permukaan rata.Cara nya,ala-ala nak buat style cantik letak nasi ayam tu. Guna mangkuk nak bagi berbentuk dia.
6.Taburkan kacang yang sudah dikisar di atas kuih tu. Kalau boleh,kacang tu biar kisar lama sikit supaya halus.Sebab,kalau sekejap snagat, nanti kekacang tu masih besar-besar bentuk dia.Kan dah tak cantik dipandang ?
7.Tunggu sejuk then potong-potong and hidangkan.

Uni suka sangat makan kuih ni walaupun Uni sekeluarga bukan orang bugis.hehee~
kuih ni,seakan-akan bahulu,seakan-akan kek.. so,untuk fair nya, ia dipanggil 'kuih' je lah.. ^^

maaf,gambar kurang memuaskan.Janji ada kan?
ni Uni search Google jer. If nanti Umi Uni masak,Uni snap
then update balik entry ni eh?

No comments: