Novel Hot Gimmick

Assalammualaikum..

Hari ni,Uni ada baca novel yang bertajuk Hot Gimmick.. Macam Boys Over Flower.. hahaa~ tapi,best..

Memang best lah novel ni.... Ianya menceritakan tentang Natasya Syakilla yang pada waktu kecil lebih senang digelar 'Asya' dan apabila menginjak dewasa(sampai ke tanah air tercinta selepas 5 tahun berada di Australia), dia digelar pula 'Killa' oleh teman-teman sekolahnya. Kisah ini melibatkan seorang lagi hero yang agak pendingin dan tegas yang bernama Ku Haridz Hakkam atau lebih senang digelar 'Ayez' oleh orang terapatnya.Sebagai seorang ketua pengawas,berwajah yang punyai pakej,murid elit sekolah juga ahli kepada kumpulan 3K(3Kids) yang popular pada era zaman tingkatan satu dan dua mereka, sudah semestinya dia digilai ramai.Dia mempunyai seorang sepupu yang sangat rapat dengannya dan juga merupakan sepupunya iaitu Wan Izuan Hafiz (Izuan/Wan) juga Amierul Mukminien Carl(Mier/Amier).Mereka bertiga mempunyai watak yang terlalu jauh jurang perbezaannya dimana Ayez lebih tegas dan garang,Izuan seorang yang playboy manakala Amier seorang yang pendiam,tetapi patuh pada perintah Allah.
Semenjak kemunculan Killa/Asya disekolah itu menimbulkan banyak gimik di hari-hari Ayez.Sering bertengkar,hah! itu perkara yang wajib terjadi setiap kali dua ekor itu bertentang mata.Tidak yang wanita mencari pasal,ya si lelaki cuba membuat pedajal.Namun,disebalik semua itu,mereka juga tidak mengetahuinnya yang mereka adalah pasangan kekasih pada zaman budak-budak.Keluarga mereka juga rapat.Berlandaskan janji yang ditaut pada waktu kecil membuatkan hati Ayez tawar pada wanita lain dan masih setia menunggu Asha sehingga 5 tahun berlalu.Tubuh Asha yang dulunya gempal dan tidak menggunakan kaca mata menyukarkan Ayez itu mengecam wanita itu yang kini sudah berubah bentuk fizikal dari gemuk ke kurus dan memakai kaca mata dek rabun.Terdapat banyak konflik yang menghalang dua pasangan yang sudah lama mengikat janji ini untuk bersemuka secara terang-terangan.Juga kerana ego yang membukit menginap di lubuk masing-masing membuatkan mereka memberikan tanggapan negatif antara satu sama lain.'dah lupa aku,tak pedulikan aku lagi,tak cari aku' itu lah kata-kata yang selalu dijadikan pengkalis hati yang sedang merindui.Desakan Hanis Humairah yang dahagakan kasih sayang abang yang bernama Ku Haridz Hakkam juga menyempitkan keadaan sewaktu kebenaran hampir terungkai.Walaubagaimanapun,Asha terpaksa aku dengan kehendak Hanis yang memintanya jangan mengakui kebenaran.Hanis Humaira juga berjaya meyakinkan Asha untuk mempersetujui rancangannya.Namun,dalam diam Ayez juga sudah mengetahuinya lama sebelum Hanis Humairah membuat rancangan.Cuma dia lebih memilih untuk memendamnya sahaja.Menunggu saat Asya sendiri yang mengakuinya walaupun hatinya kini sudah memberontak inginkan janji lama tertunai.. Dua hati tidak akan bisa dipisahkan jikalau sudah jodoh.. pelbagai dilema menghambat diri mereka berdua sewaktu kebenaran hampir sahaja diketahui........ sampai situ sahaja lah.. nanti pandai-pandai lah baca sendiri.. kehkehkeh~

by the way, Uni dah beberapa kali round novel ni untuk faham dalam-dalam.. and apa yang Uni dapat,, ya. Happy Ending..Yang meninggal tu Yazmeen bukan Ayez.Tapi,Asya amnesia..Jadi,segalanya harus dimulai dari awal.That's why barangkali Ayez kata di akhir page novel ni, "Natasya Syakilla, ini titik permulaan ! "

Kalau sekali baca,memang tak faham... tak faham yang ada epilog tu kan? actualy kata-kata yang banyak berulang yang diselit dari muka-muka surat sebelumnya tu, cuma imbasan tentang pengalaman lalu (maybe?)
Ada ending lorhh rupanya.. So,Uni nak nasihatkan,baca sampai habis baru faham..kalau baca sekerat-sekerat je and langkau-langkau page,memang tak akan faham punya.By the way,bagi Uni novel ni menyelitkan beberapa jenis karakter yang Uni sangat-sangat suka.Kadang mengalir air mata dek tiba-tiba hati ni pulak terpukul.Atau air mata itu keluar oleh kerana ketawa yang banyak sangat dan mungkin boleh dilabelkan 'overdosses?' .. Hahaa.. entahlah... lucu part Asya gaduh dengan Ayez.Dan yang paling meninggalkan kesan paling dalam dalam diri Uni sebagai pembaca tentang kisah lucunya,time Asya exam and tertidur tu... hahahah! goal-goal ke kertas yang Ayez jentik tu masuk di mulut Asya then Asya telan.Tapi,hikmahnya Asya bangun lah dari lena nya dan meneruskan exam AddMath nya yang cuma tinggal 5 minit itu..(sempat kah? )

Kalau korang nak beli,harganya RM19 di semenanjung malaysia dan RM22 di sabah/sarawak.

3 comments:

- said...

Dah baca berulang-ulang kali but I think macam ade sambungan pulak. Huhu. Nak tau selama ini Asya pergi ke mane? Sape panggil Asya kat Airport? Macam mane kehidupan Asya lepas dia amnesia? and macam2 lagi persoalan. Hope ade Hot Gimmick 2. Hihihi :)

Cheq Unni said...

A'ah.. ada sambungan kalau menurut penulisnya :) .. yang panggil tu,Ayez kot?
Kalau ada sambungan,confirm beli.Best sangat-sangat ;D

aisyahmohd said...

ya Allah, mmg berair mata bila baca buku ni. Ayat novel ni, kdg2 menusuk sampai ke dasar hati.. :D