Pray for Sabah

Assalammualaikum...





Semua pasti tahu kan pasal berita tentang ada askar dari filipina cuba merampas sabah kerana mereka mendakwa bahawa sabah ini mereka yang punya.Dari Lahad Datu mereka beralih ke Semporna..dan dari Semporna mereka cuba menawan Kudat pula.Haish tak sudah-sudah.Dan ada lagi berita terbaru dengar dari orang batu.4 TAWAU, banyak polis mengawal dikawasan mereka.Kelmarin,ada surat layang ditabur disepanjang jalan berdekatan dengan kawasan rumah Uni.Kalau mengikut surat,itu dari Sultan Sulu..Dia suruh rakyat dia bangkit demi mendapatkan hak mereka.Ya,diakui Sabah memang mereka punya 'D.A.H.U.L.U' akan tetapi, sudah dibeli oleh Malaysia.Buruk siku lah namanya tu kalau ambil balik..Mana aci, cuba kalau korang beli sesuatu barang tu dengan orang ni,then one day orang yang menjual dekat korang tu minta balik apa yang dia jual kepada korang tanpa membayar ganti rugi.Apa korang rasa?sakit hati kan??Manalah kita mahu bagi balik sebab kita pun ada otak.Bukannya tidak belajar.Bagus-bagus bayar sekolah,daftar tuisyen belajar Matematik masakan rela diperbodohkan ? Ada artikal tulis yang askar filipina ni tidak mahu tinggalkan sabah sebab..... ini artikal tu cakap lah.Nda tau juga samaada betul tu sultan sulu cakap begini atau nda

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sedangkan mereka(Malaysia)membayar kepada kami.

Betul atau tida,wallahhualam...
Ada juga kawan Uni beritahu, kalau Sultan Sulu tu kalah, dia nak semua orang suluk dekat Malaysia ni balik ke filipina.Takkanlah? berang jugak kawan Uni tu masa bercakap tentang hal ni dengan Uni memandangkan dia berbangsa suluk tetapi lahir Malaysia.Seluruh ahli keluarganya pun punya mykad. Digit '12' lagi di tengah menandakan yang mereka tu bumiputera Sabah.Walaubagaimanapun, tu sekadar khabar angin kan?ingat tu SEKADAR KHABAR ANGIN. Tak bolehlah serahkan seratus-peratus kepercayaan kepada berita yang diwartakan dari mulut ke mulut ni..
Tetapi,apa-apa pun..kita tengok berita nanti..Tengok Uni membecok disini bukannya dapat kasi tendang tu askar filipina balik ketempat diorang satu persatu pun kan??Cikgu Uni kata,puak morro (askar filipina yang datang ke Sabah),orang islam.Tetapi,kenapa mereka buat begini?mengapa mereka sanggup buat saudara seagama mereka begini?menimbulkan kucar-kacir.Selaku orang islam,takkanlah dia tidak tahu yang islam ini amat menitik beratkan soal mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudaranya.Dan itu amatlah bertentangan sekali dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini.Mengucapkan kalimah 'allahhuakhbar' ketika ingin melayangkan nyawa orang islam berkerayatan Malaysia.Wajarkah itu?? Janganlah kerana status nationality terus hendak direvenge semua? Kalau mahu stay sabah, bilang-bilang dong.Jangan main hentam keromo ja.Menggunakan kaedah peperangan.Sungguh merugikan diri sendiri dan orang lain.Apa yang dihajatkan tidak tertunai,nyawa lagi melambai... Syukurlah rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik.Sanggup berjuang demi negara.Jasa askar-askar yang datang ke Sabah tidak kira berasal dari mana-mana pelusuk negeri di Malaysia ini,amatlah dihargai.Sukarelawan,polis-polis tu semua dan sesiapa sahaja yang sanggup menggadaikan nyawa demi negara tu,memang orang sabah berterima kasihlah sesangat.Ada beberapa page/statement dari segelintir orang yang tidak memahami situasi sekarang ini,melabelkan orang Sabah tidak kenang budi atas pengorbanan pihak pejuang dari negeri mereka masing-masing.Oleh itu,saya ingin menegaskan disini bahawa tidak sedikit pun kami berfikiran seperti itu.Kami amat berterima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan.Terima kasih banyak-banyak.Hanya tuhan yang mampu membalas jasa para pejuang itu memandangkan bantuan yang dihulurkan oleh mereka tidak terhitung bilangannya.


Wah.. panjangnya entri Uni kali ni?? Kenapa tu? buang tabiat ker?? (memang kau selalu banyak cakap Uni..baru kau perasan?) Oklah.. Uni undur diri dulu..Nanti kena bom pula Uni disini gara-gara mengomel terus..kalau pandai alert koma atau noktah dakpa jugak..Ini?peduli kau tanda triple noktah..langgar sedjakk... hahaa~ semput sudahhh~



2 comments:

PenaTanpaNama said...

itu la baah -.- btw, mcmna kau buat bentuk rectangle2 di post tu ? teach me !

Cheq Unni said...

yg prktaan 'mengapa kami harus..bla-bla-bla...' tu?